web analytics

Solat Hajat dan Forum Perdana





   Pada malam 17hb April yang lalu telah berlangsung program Solat Hajat & Forum Perdana. Solat hajat diadakan bersempena PSPM yang akan dihadapi oleh pelajar beberapa hari lagi. Forum Perdana pada malam tersebut menyaksikan penampilan Ustaz Fauzi Mustafa sebagai panel dan Ustaz Shahrizal Safian sebagai moderator, bertemakan “Anda Tanya, Ana Jawab”.


   Program bermula dengan solat berjemaah di Dewan Mutiara KML diimamkan Sir Famy. Selepas itu diteruskan langsung ke solat hajat dan bacaan surah Yasin. Forum Perdana bermula selepas habis menunaikan solat Isyak berjemaah di tempat yang sama juga. Namun sebelum itu, semua pelajar bekerjasama untuk menyusun kerusi selepas habis solat. Forum bermula apabila forumer dan tetamu VIP tiba.

Ketibaan Ustaz Fauzi dan tetamu VIP disambut dengan mesra
 
Tetamu yang hadir terdiri daripada pelajar, pensyarah, pelajar dari sekolah dan UMSKAL dan penduduk sekitar Labuan
Malam diserikan lagi dengan persembahan daripada kumpulan qasidah al-Furqan

Para tetamu VIP
Majlis bertambah meriah dengan telatah Ustaz Shahrizal

Saudara Wawan Fototasi sibuk dengan kamera DSLR membuat liputan bergambar ini termasuklah rakaman video sepanjang forum
Adat selepas tamat program, OBA (operasi balik asal).
   Majlis pada malam tersebut tamat sekitar pukul 10 malam. Operasi balik asal dan mengemas semula Dewan Mutiara diadakan bergotong-royong. Tidak lagi bersurai selepas itu, sahabat tidak kira muslimin dan muslimat sibuk mengambil gambar beramai-ramai pula. Well, kenangan sebelum berpisah.


No comments:

Post a Comment