web analytics

Siapa Sahabat al-Irfaan?


   Selamat datang ke blog Sahabat al-Irfaan. Jika anda seorang pelajar Kolej Matrikulasi Labuan pastinya anda tahu Surau al-Irfaan dan semestinya anda pernah mendengar mengenai Sahabat al-Irfaan.

Sahabat al-Irfaan merupakan sebuah persatuan/organisasi berdaftar di dalam Kolej Matrikulasi Labuan di samping persatuan dan organisasi lain seperti Pembimbing Rakan Dinamik (PRD), Jawatankuasa Mentor-Mentee (JAKTEE), Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP), dll. Ahli Sahabat al-Irfaan lebih dikenali sebagai AJK surau dan sering digelar budak surau/geng surau...^^

Visi
   -Membentuk bi’ah  (suasana) solehah dengan pembentukan ahli ke arah beramal dengan amal dan akhlak Islami berdasarkan prinsip dan nilai Islam untuk mendapat keampunan serta keredhaan Allah S.W.T.

Misi
  1. Menjadikan Al-Irfaan sebagai wadah penyebaran ilmu dan membentuk insan yang beramal dengan ajaran Islam.
  2. Membina dan membentuk ukhuwah sesama ahli dengan merencanakan gerak kerja secara kolektif dalam mana-mana aktiviti atau program.
  3. Menjadikan agenda akademik dan dakwah secara seiringan untuk melahirkan ahli yang seimbang dan serba boleh.
  4. Melahirkan ahli yang istiqamah dengan amalan Islami.
Objektif
  1. Melaksanakan usrah.
  2. Menerbitkan risalah-risalah yang membawa kepada pembinaan kefahaman Islam seperti risalah Inspirasi.
  3. Merencanakan program berbentuk pengisisan rohani, akademik dan riadah.
  4. Menyambut dan mengimarahkan hari-hari kebesaran Islam.
  5. Menyeimbangkan aktiviti-aktiviti pengisian berbentuk kerohanian, akademik dan riadah.
Sepanjang tahun, akan terdapat banyak aktiviti dan program menarik yang dianjurkan dan dikelolakan oleh Sahabat al-Irfaan seperti usrah, rehlah, kuliah dan forum perdana, dan bermacam lagi program menarik dan tidak dilupakan Minggu Penghayatan Islam, yang diadakan setiap tahun. Sahabat juga akan memeriahkan lagi sambutan perayaan dalam Islam di kolej seperti sambutan bulan Ramadhan, Maulidur Rasul, Hari Raya Aidiladha, dll.

2 comments:

  1. assalamualaikum... kalau boleh saya tahu.. apa maksud al-irfaan ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. al-irfaan maskudnya kesyukuran, kebijaksanaan..^^

      Delete