web analytics

Kenali Sahabat : Aza

*repost from group FB Sahabat



Nama : Muhammad Azaharihan bin Liapan
Nama Panggilan : Aza
Lepasan : Sekolah Menengah St Mary Sandakan
Tempat Asal : Kg. Tinusa 2, Sandakan, Sabah
Keputusan PSPM1 : 3.85
Jurusan : Perakaunan
Tutorial : A2T20



Saudara Aza kini berperanan sebagai Ketua Lajnah Kebersihan & Keceriaan Sahabat al-Irfaan. Sebelum itu, beliau juga pernah menjadi AJK Kebersihan Kelab Anak-Anak Sandakan (ANAS). Selain itu, Aza juga pernah memegang jawatan Ketua Kebersihan sewaktu di Tingkatan 3,4 & 5 (tiga tahun berturut-turut). Begitu juga sewaktu Darjah 6, menjadi Ketua Kebersihan.

Aza seorang pelajar yang baik sewaktu di sekolah. Beliau jarang ponteng. Aza seorang student yang rajin lebih-lebih lagi selepas masuk KML. Study 16 jam,,8 jam tidur. Dalam ko-kurikulum, Aza pernah menjadi Naib Pengerusi Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan pernah mewakili sekolah dalam pertandingan kawad formasi.

Beliau bergiat aktif dalam ANAS sewaktu di Sandakan dahulu. Selain itu beliau pernah mengikuti program Kembara Cinta Rasul Siri8 (KCR8) dan Muslim Intensive Training (MIT). Beliau juga pernah diberi tugas sebagai pengarah program Pondok Hijrah pada awal tahun ini.
Aza seorang yang amat mudah didekati. Sewaktu baru berkenalan anda akan rasa Aza seorang yang pendiam dan sedikit sombong plus poyo. Tapi tidak lagi bila dah rapat. Cuba try. Aza cool & macho.

No comments:

Post a Comment