web analytics

Kenali Sahabat : Jun

*repost from group FB Sahabat


Nama : Junaidi bin Rahman
Nama panggilan : Jun
Lepasan : SMK Elopura (Bestari)
Tempat Asal : Lahir dan dibesarkan di Kg. Kenangan Manis (Sweet Memory Village) Sandakan, Sabah.
Keputusan SPM : 6A4B
Keputusan PSPM1 : 3.19
Jurusan : PST Sains Modul 1
Tutorial : BP1T2




Akhi Jun kini memegang amanah besar

sebagai Bendahari Sahabat al-Irfaan. Beliau mudah dicam dari jauh kerana kopiah tajamnya.

Di sekolah lama, beliau pernah menjadi Setiausaha Pengawas sekolah. Jun seorang pelajar yang berdisiplin kerana sering mencatat kehadiran penuh dalam setahun. Rekod tersebut tercalar sewaktu di Ting. 5 kerana terlibat dalam kemalangan motor. ^^

Dalam ko-kurikulum, beliau pernah membantu sekolahnya menjadi johan hoki peringkat Sandakan. Beliau bermain di posisi RSM (reserve sampai mati). Disebabkan itu beliau gagal dipilih mewakili Daerah Sandakan. ^^ Di samping itu, Jun juga pernah mewakili sekolah dalam permainan catur.

Di Sandakan, saudara Jun pernah mengikuti Kembara Cinta Rasul siri4 (KCR4) dan Muslim Intensive Training (MIT) 2010. Selain itu, Jun juga mengikuti Kelab Anak-Anak Sandakan (ANAS).

Perwatakan beliau mudah ditafsir berdasarkan gambar yg diupload ini. Seorang yang peramah dan mudah didekati. Amat petah bercakap dan susah untuk berhenti. Seorang teman yang baik hati, rajin dan prihatin, tiap hari mandikan Zahrin.

No comments:

Post a Comment