web analytics

Kenali Sahabat : Sofia

*repost from group FB Sahabat


Nama : Siti Sofia binti Mohamad
Nama panggilan : siti,sofia,saff
T.Asal : Pitas,(Kg Rosob) MALAYSIA (Tapi skrng menetap di Kg Bantaian Tamparuli)
Jurusan : Perakaunan A1T07
Cita-Cita : Pakar Fiqh & Ekonomi Islam
Moto : Hidup pasti indah jika segalanya kerana Allah
 Status : HARUS



Saudari Sofia merupakan anak ke 3 dari 5 org adik beradik,berbangsa dusun+sungai tetapi sebenarnya beliau juga bijak berbicara dalam bahasa Arab,Cina,Manglish,dan dusun(bunyi seja la) .
Sejarah ringkas beliau ketika berada di SMK Tamparuli(08/10),beliau aktif sebagai Bendahari PRS,Biro Rohani Pengawas,Pengurus Kewangan Program Usahawan Muda,dan merupakan SU bagi kelab Lawan Pedang & PPIM .
Beliau meneruskan keaktifan setelah berpindah ke SMKA Tun Ahmad Shah,inanam,kk(11/12) sebagai Amirah syu'bah hadith 40 dlm Lajnah Ibadah,merupakan naqibah Usrah BADAR,dan SU robotik seterusnya menjadi Bendahari Kelab Sains.
Beliau mula aktif dalam KRU Tuaran sejak awal penubuhan Disember 2007,dan memegang jawatan sebagai :
(09/10) - Lajnah tarbiah & kepimpinan
(10/11) - Timb SU
(11/12) - Lajnah tarbiah & kepimpinan
(12/13) - Lajnah penerbitan ..

Sedikit pengenalan tentang saudari sofia,beliau merupakan seorang yg tegas,berpendirian dan lantang bersuara serta berani ..beliau juga hebat bermain alat muzik ..selama saya mengenali saudari ini,beliau sebenarnya mempunyai hati yg lembut,beliau mudah menangis walau sekecil hal ..

No comments:

Post a Comment