web analytics

Kenali Sahabat : Fizi

*repost from group FB Sahabat



Nama : Ahmad Hafizi bin Jani
Nama Panggilan : Fizi, Piji, Pizi
Lepasan : SMK Lopeng Tengah, Miri
Tempat Asal : Lahir di Hosp. Lama Bintulu dibesarkan di Kampung Pujut, Miri, Sarawak
Jurusan : PST Sains Modul I
Tutorial : BP5T23
Cita-cita : Jurutera pesawat


 
Saudara Fizi merupakan anak ketiga daripada lima orang adik beradik,berasal dari Miri, Sarawak dan berbangsa Melanau.
Beliau merupakan salah seorang ahli aktif Lajnah Kebajikan Sahabat al-Irfaan.

Di sekolah lama, saudara Fizi pernah dilantik menjadi Setiausaha Agung Pengawas. Dalam ko-kurikulum, beliau pernah memegang jawatan pengerusi Kelab Sofbol malah pernah mewakili Miri dalam sukan tersebut. Selain itu, Fizi juga bertindak sebagai pengerusi Pengakap. Beliau bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti pengakap seperti jambori dan perkhemahan. Fizi turut menyertai Kelab Dikir Barat dan berperanan sebagai bendahari. Sewaktu di Sarawak, saudara Fizi pernah menyertai Kem Pemantapan Akidah anjuran Task Force. Semasa cuti Krismas yang lalu, beliau dua hati kerana ingin menyertai FBI Camp anjuran AJK Induk Surau tetapi ibunya memintanya pulang ke Sarawak. Beliau patuh perintah ibu dan tidak dapat menyertai FBI Camp.

Saudara Fizi ini boleh diberi gelaran bilal atau muazzin surau al-Irfaan. Selalunya dalam sehari anda akan mendengar alunan suara azan beliau walaupun hanya sekali. Sebelum Geng Iktikaf Surau ditubuhkan oleh abang Alwin Endrin, setiap hari Fizi akan menjadi bilal Subuh.

Fizi seorang yang periang,comel(lihat gambar),peramah dan mudah didekati namun sedikit pemalu. Beliau amat menyayangi kucing. Di hadapan biliknya ada banyak kucing menunggu makanan. Fizi juga sanggup beli wiskas untuk kucheng-kucheng itu.....Hati-hati,Fizi belajar silat.

No comments:

Post a Comment