web analytics

Kenali Sahabat : Dzul

*repost from group FB Sahabat


Pada kali ini kita akan bertaaruf dengan saudara Dzulfadhlie yang merupakan watak penting dalam Majlis Tertinggi Sahabat.

Nama : Dzulfadhlie bin Wasli
Nama Panggilan : Dzul / Fadhlie
Lepasan : SMK Badin Tuaran
Tempat Asal : Dilahirkan di Kota Kinabalu dan dibesarkan di Tuaran, Sabah
Keputusan SPM : 5A3B2C
Jurusan : PST Sains Modul 1

Sewaktu di sekolah lama, beliau pernah diberi amanah sebagai Ketua Pengawas selain Pengerusi Kelab Pelajar Islam Sekolah. Beliau juga menyertai Kadet Polis SMK Badin.

Di samping itu, beliau turut aktif dalam menyertai organisasi di luar sekolah seperti Kelab Remaja Ukhuwah (KRU) Tuaran. Pada tahun 2012, saudara Dzul diangkat menjadi Pengerusi KRU (kini bertindak sebagai Timbalan Pengerusi kerana berada di luar kawasan). Kepimpinan beliau sekali lagi diserlahkan apabila diberi kepercayaan menjadi Pengerusi Sahabat al-Irfaan 13-14.

Beliau berpengalaman menyertai Majlis Tilawah al-Quran (MTQ) dalam pertandingan hafazan. Saudara Dzul juga pernah mewakili sekolahnya dalam pertandingan pidato di samping pertandingan pantun..

Untuk pengetahuan, saudara ini amat cakna mengenai isu semasa dan keadaan umat islam di seluruh dunia. Disebabkan itu beliau banyak mengkaji tentang sejarah dan kisah perjuangan saudara seakidah kita seperti Brigade Izzuddin al Qassam di Palestin dan yang terkini Free Syrian Army (FSA), Ahrar asy-Syams dll di Syria.

Oleh itu, di samping Rasulullah SAW, beliau menamakan banyak tokoh-tokoh perjuangan sebagai tokoh yg digemari. Contohnya as-Syahid Imam Hassan al-Banna, Syeikh Ahmad Yaseen dan Komander Yahya Ayyash.

Sifat peribadi beliau sedikit sukar dijelaskan. Seorang yang peramah, periang, dan dilihat sedikit misteri dan banyak menyimpan rahsia dan masalah. Tidak akan menolak jika diajak ke kafe.

Akhir sekali, ingin berkongsi petikan hadis kegemaran beliau..

Umat Islam Akhir Zaman Umpama Buih Laut...
Diriwayatkan daripada Thauban r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud: "Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat islam akan lemah. Diatas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama." Maka para sahabat pun bertanya, "Apakah ketika itu umat islam telah lemah dan musuh menjadi kuat?"
Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak beerti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di lautan." sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?" Jawab
Rasulullah SAW, " Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit Al-Wahn." sahabat bertanya lagi, " Apakah itu Al-Wahn?" Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian."

No comments:

Post a Comment