web analytics

Street Dakwah @ UK Labuan


     Assalamualaikum w.b.t. Syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan dua nikmat terbesarNya kepada kita. Nikmat Islam dan nikmat Iman. Terima kasih Allah kerana telah menjadikan kita umat rasul Allah terhebat, Nabi Muhammad SAW. Selawat dan salam ke atas baginda, juga keluarga dan para sahabat, para tabi' tabi'in, para mujahidin. Usaha dakwah baginda Rasulullah menjadi asbab sucinya ad-deen yang kita anuti kini. Kini ia menjadi tugas kita sebagai daie meneruskan dakwah baginda. 

     IBtv kali ini mengenai Street Dakwah yang diadakan beberapa bulan yang lalu. Diketuai oleh saudara Alwin Endrin bertempat di Ujana Kewangan/ Financial Park Labuan. Gerakan usaha mendekati saudara Islam kita di luar sana. Saksikan.

Apa Ertinya Saya Berusrah



Bulatan Gembira
Happy Circle
Halaqah Manis
Quranic Group
Konferens Riang

Kita tetap merujuk pada satu benda yang sama

Usrah

Seperti tajuk entri, video IBtv kali ini menceritakan tentang apa ertinya saya berusrah. Pastinya bagi anda semua para sahabat, usrah mempunyai makna tersendiri. Begitu jugalah manfaat dan hasil tarbiyah usrah pada diri.

Jazakumullah Khairan Katseera kepada sahabat yang terlibat dalam pembikinan video ini. Juga menjadi kenangan yang boleh ditatap kembali setelah berpisahnya kita kini.
Apa Ertinya Anda Berusrah?