web analytics

Kenali Sahabat : Ayie


Nama Penuh : Mohd. Syukri Bin Ismail
Nama Panggilan : Ayie
Sekolah Lama : SMKA Limauan Kimanis, Papar
Tempat Asal : Papar, Sabah
Jurusan : Perakaunan
Tutorial : A1T14
Bangsa : Brunei
Result SPM : 6A2B3C
Result PSPM1 : 3.43



   Slot Kenali Sahabat yang sekian lama menyepi kini kembali lagi. Pada kali ini kita akan berkenalan dengan seorang sahabat yang merupakan ahli aktif Lajnah Penerbitan, iaitu saudara Syukri atau lebih mesra dan manja dengan nama panggilan Ayie.


   Saudara Ayie berasal dari Papar, Sabah, berbangsa Brunei dan merupakan anak keempat dari tujuh orang adik beradik. Beliau merupakan alumni SMKA Limauan Kimanis. Semasa di sekolah lama, Ayie pernah memegang jawatan sebagai ketua wazir dan ketua pengawas asrama. Di samping itu, Ayie juga pernah menjadi bendahari Kadet Polis Sekolah dan Pengerusi Kelab SPBT.

   Saudara Syukri pernah meyertai Majlis Ihtifal Sekolah-sekolah (MISS), Nadwah Kepimpinan Islam (NKI) Zon Sabah dan Hiwar Bahasa Arab. Malah beliau pernah menyertai Debat Bahasa Arab peringkat kebangsaan. Tidak hairanlah, Ayie score A dalam B.A SPM. Ayie juga pernah mengiuti Badminton peringkat daerah. Saudara Ayie juga menyertai  IKRAM Putatan.

   Dari segi personaliti, Ayie dilihat sedikit pendiam dan pemalu. Hanya bercakap bila perlu. Orangnya amat sopan-santun dalam berbicara mahupun perlakuannya. Seorang yang gigih dan tekun dalam amal ibadahnya mahupun dalam studynya. Dilihat tawaduk, tidak sombong dan amat menghormati orang lain. Suara Ayie sedap. Tak caya, tunggu dia jadi imam.

No comments:

Post a Comment