web analytics

Pesanan Buat Sahabat

Perginya sang murabbi
Berbekas di hati
Mana akan dilupa sentuhannya
Sentuhan penuh kasih
Tarbiyahnya mendidik hati yang telah lama mati

Masih teringat pesannya
"Jangan berhenti berlari"
Terima kasih Abi dan Umi
Semoga berjumpa lagi

 

Solat Hajat dan Forum Perdana





   Pada malam 17hb April yang lalu telah berlangsung program Solat Hajat & Forum Perdana. Solat hajat diadakan bersempena PSPM yang akan dihadapi oleh pelajar beberapa hari lagi. Forum Perdana pada malam tersebut menyaksikan penampilan Ustaz Fauzi Mustafa sebagai panel dan Ustaz Shahrizal Safian sebagai moderator, bertemakan “Anda Tanya, Ana Jawab”.

Kenali Sahabat : Ayie


Nama Penuh : Mohd. Syukri Bin Ismail
Nama Panggilan : Ayie
Sekolah Lama : SMKA Limauan Kimanis, Papar
Tempat Asal : Papar, Sabah
Jurusan : Perakaunan
Tutorial : A1T14
Bangsa : Brunei
Result SPM : 6A2B3C
Result PSPM1 : 3.43



   Slot Kenali Sahabat yang sekian lama menyepi kini kembali lagi. Pada kali ini kita akan berkenalan dengan seorang sahabat yang merupakan ahli aktif Lajnah Penerbitan, iaitu saudara Syukri atau lebih mesra dan manja dengan nama panggilan Ayie.

Kenali Sahabat : Faridah Jiji

*repost from group FB Sahabat


Nama:Faridah Jikal
T.Lahir:14 Okt 1995
T.Lahir:Hospital Kota Marudu
T.Tinggal:Kg Ranau ,Jln Giatmara 252,89108,KM
Lepasan SMK Kota Marudu(2008-2012)
Bangsa:Bajau+dusun+cina
Anak bongsu dari 7 orang adik-beradik
Perakaunan
A1T10
C.T4.8
Idola:Rasulullah saw
Fb:Faridah Jiji
Status:HARUS!




Kenali Sahabat : Kak Tika

*repost from group FB Sahabat


Nama : Nuratikah binti Malihi
T.Lahir : 14 september 1994
T.Lahir: Hospital Mukah,Sarawak
Lepasan: SK ST Patrick(2001-2002)
SK Mukah (2003-2006)
SMK Mukah(2007-2010)
MRSM Mukah(2010-2011)
Jurusan: PDT SEM4(MODUL 1)
Idola: Rasulullah SAW(InsyaAllah)
FB: Nuratikah Malihi
Motto Hidup: Everything happens for a reasons.


Kenali Sahabat : Lukman

*repost from group FB Sahabat

Nama Penuh : Lukman bin Basri
Nama Panggilan : Lukman, Man
Lepasan : SMK Bukit Garam
Tempat Asal : Kinabatangan, Sandakan, Sabah
Tarikh Lahir : 24 Jun 1995
Jurusan : PST Sains Modul 1
Tutorial : BP7T31
Cita-cita : Juruterbang
SPM : 6A4B2C
PSPM1 : 3.67

Saudara Lukman bin Basri merupakan anak kelima daripada lima orang adik beradik dan berbangsa Bugis. Kini merupakan Ketua Lajnah Kebajikan Sahabat al-Irfaan.

Kenali Sahabat : Masni

*repost from group FB Sahabat


Nama : Masni Kuraga
Nama panggilan : Masni
Tarikh.L : 18.09.1995
Temat asal : Kg Tanjung Batu Keramat Tawau,Sabah
Lepasan : SMK Kuhara Tawau
Jurusan : Sains (MODUL 3)
Tutorial : BC4T23
Bilik : B.T4.06

 

Kenali Sahabat : Sofia

*repost from group FB Sahabat


Nama : Siti Sofia binti Mohamad
Nama panggilan : siti,sofia,saff
T.Asal : Pitas,(Kg Rosob) MALAYSIA (Tapi skrng menetap di Kg Bantaian Tamparuli)
Jurusan : Perakaunan A1T07
Cita-Cita : Pakar Fiqh & Ekonomi Islam
Moto : Hidup pasti indah jika segalanya kerana Allah
 Status : HARUS


Kenali Sahabat : Shiela

Nama : Norsheilawati
Nama panggilan : sheila
Tarikh lahir : 15 Mac 1995
Tempat asal : Kg.sumbilingon kelawat kota belud sabah.
Lepasan : SMK Pekan 2 Kota Belud sabah.
Jurusan : Perakaunan
Tutorial : A1T08
Bilik : D.T2.22

Kenali Sahabat : Fizi

*repost from group FB Sahabat



Nama : Ahmad Hafizi bin Jani
Nama Panggilan : Fizi, Piji, Pizi
Lepasan : SMK Lopeng Tengah, Miri
Tempat Asal : Lahir di Hosp. Lama Bintulu dibesarkan di Kampung Pujut, Miri, Sarawak
Jurusan : PST Sains Modul I
Tutorial : BP5T23
Cita-cita : Jurutera pesawat


Kenali Sahabat : Sahril


*repost from group FB Sahabat


Nama : Sahril bin Mahmuddin
Nama panggilan : Aril, Sahril, Ah Chong
Tarikh lahir : 5 Jun 1995
Tempat asal : Sri taman,Sandakan (tapi lahir di kg Bakau,di besarkan di Sri taman)
Lepasan : Sekolah Menengah St. Mary Sandakan .
Jurusan : Perakaunan
PSPM : 3.32
Tutorial : A2T27
Bilik : F.T4.5

Saudara Sahril merupakan anak ke-4 dari 5 org adik beradik dan berbangsa Bugis . Sejarah ringkas tentang beliau ketika berada di sekolah menengah ialah beliau merupakan ketua ting. 2 sehingga ting. 5 . Beliau juga aktif

Kenali Sahabat : Black

*repost from group FB Sahabat



Nama : Muhd Hasrin bin Mohd Repai
Nama Panggilan : Hasrin, Black,
Lepasan : Sekolah Menengah Agama St Mary Sandakan
Tempat Asal : Sandakan, Sabah
Keputusan PSPM1 : 3.92
Jurusan : Perakaunan
Tutorial : A1T12
Tarikh Lahir : 22 Februari 1995
Status : Bertunang (sejak 2012)


Sahabat ini lebih manja dan

Kenali Sahabat : Aza

*repost from group FB Sahabat



Nama : Muhammad Azaharihan bin Liapan
Nama Panggilan : Aza
Lepasan : Sekolah Menengah St Mary Sandakan
Tempat Asal : Kg. Tinusa 2, Sandakan, Sabah
Keputusan PSPM1 : 3.85
Jurusan : Perakaunan
Tutorial : A2T20

Kenali Sahabat : Jun

*repost from group FB Sahabat


Nama : Junaidi bin Rahman
Nama panggilan : Jun
Lepasan : SMK Elopura (Bestari)
Tempat Asal : Lahir dan dibesarkan di Kg. Kenangan Manis (Sweet Memory Village) Sandakan, Sabah.
Keputusan SPM : 6A4B
Keputusan PSPM1 : 3.19
Jurusan : PST Sains Modul 1
Tutorial : BP1T2




Akhi Jun kini memegang amanah besar

Kenali Sahabat : Dzul

*repost from group FB Sahabat


Pada kali ini kita akan bertaaruf dengan saudara Dzulfadhlie yang merupakan watak penting dalam Majlis Tertinggi Sahabat.

Nama : Dzulfadhlie bin Wasli
Nama Panggilan : Dzul / Fadhlie
Lepasan : SMK Badin Tuaran
Tempat Asal : Dilahirkan di Kota Kinabalu dan dibesarkan di Tuaran, Sabah
Keputusan SPM : 5A3B2C
Jurusan : PST Sains Modul 1

Sewaktu di sekolah lama, beliau pernah diberi amanah sebagai Ketua Pengawas selain Pengerusi Kelab Pelajar Islam Sekolah. Beliau juga menyertai Kadet Polis SMK Badin.

Di samping itu, beliau turut aktif dalam menyertai organisasi di luar sekolah seperti Kelab Remaja Ukhuwah (KRU) Tuaran. Pada tahun 2012, saudara Dzul diangkat menjadi Pengerusi KRU (kini bertindak sebagai Timbalan Pengerusi kerana berada di luar kawasan). Kepimpinan beliau sekali lagi diserlahkan apabila diberi kepercayaan menjadi Pengerusi Sahabat al-Irfaan 13-14.

Beliau berpengalaman menyertai Majlis Tilawah al-Quran (MTQ) dalam pertandingan hafazan. Saudara Dzul juga pernah mewakili sekolahnya dalam pertandingan pidato di samping pertandingan pantun..

Untuk pengetahuan, saudara ini amat cakna mengenai isu semasa dan keadaan umat islam di seluruh dunia. Disebabkan itu beliau banyak mengkaji tentang sejarah dan kisah perjuangan saudara seakidah kita seperti Brigade Izzuddin al Qassam di Palestin dan yang terkini Free Syrian Army (FSA), Ahrar asy-Syams dll di Syria.

Oleh itu, di samping Rasulullah SAW, beliau menamakan banyak tokoh-tokoh perjuangan sebagai tokoh yg digemari. Contohnya as-Syahid Imam Hassan al-Banna, Syeikh Ahmad Yaseen dan Komander Yahya Ayyash.

Sifat peribadi beliau sedikit sukar dijelaskan. Seorang yang peramah, periang, dan dilihat sedikit misteri dan banyak menyimpan rahsia dan masalah. Tidak akan menolak jika diajak ke kafe.

Akhir sekali, ingin berkongsi petikan hadis kegemaran beliau..

Umat Islam Akhir Zaman Umpama Buih Laut...
Diriwayatkan daripada Thauban r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud: "Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat islam akan lemah. Diatas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama." Maka para sahabat pun bertanya, "Apakah ketika itu umat islam telah lemah dan musuh menjadi kuat?"
Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak beerti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di lautan." sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?" Jawab
Rasulullah SAW, " Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit Al-Wahn." sahabat bertanya lagi, " Apakah itu Al-Wahn?" Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian."

Kenali Sahabat : Amin


*repost from group FB Sahabat

Nama : Muhammad Al-Amin bin Mohamed Yusoff
Nama Panggilan : Amin, Aiman
Lepasan : SMK Agama Tun Juhar Sandakan
Tempat Asal : Dilahirkan di Teluk Intan, Perak. Dibesarkan di Sandakan, Sabah
Keputusan SPM : 4A2B5C

  Akhi ini merupakan mantan Yang di-Pertua SMKA Tun Juhar selain ketua editor majalah sekolah. Kini diberi tanggungjawab memegang Lajnah Inventori & Peralatan.

  Sebelum ini beliau bergiat aktif dalam Majlis Tilawah al-Quran dalam pertandingan tilawah,hafazan dan nasyid. Beliau juga aktif dalam ko-kurikulum dan pernah mewakili sekolah dalam sukan hoki,bola tampar,dan kriket di samping memanah.

   Beliau sering menjadi tulang belakang dalam event2 anjuran Sahabat mahupun kejiranan warga KML kerana terlibat dalam penyediaan tempat dan peralatan. Disebabkan itu juga beliau selalu sibuk dengan stor dan segala peralatan di dalamnya.

Amin seorang yang periang,banyak mulut dan suka buat lawak.

Siapa Sahabat al-Irfaan?


   Selamat datang ke blog Sahabat al-Irfaan. Jika anda seorang pelajar Kolej Matrikulasi Labuan pastinya anda tahu Surau al-Irfaan dan semestinya anda pernah mendengar mengenai Sahabat al-Irfaan.

Sahabat al-Irfaan merupakan sebuah persatuan/organisasi berdaftar di dalam Kolej Matrikulasi Labuan di samping persatuan dan organisasi lain seperti Pembimbing Rakan Dinamik (PRD), Jawatankuasa Mentor-Mentee (JAKTEE), Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP), dll. Ahli Sahabat al-Irfaan lebih dikenali sebagai AJK surau dan sering digelar budak surau/geng surau...^^

Visi
   -Membentuk bi’ah  (suasana) solehah dengan pembentukan ahli ke arah beramal dengan amal dan akhlak Islami berdasarkan prinsip dan nilai Islam untuk mendapat keampunan serta keredhaan Allah S.W.T.

Misi
  1. Menjadikan Al-Irfaan sebagai wadah penyebaran ilmu dan membentuk insan yang beramal dengan ajaran Islam.
  2. Membina dan membentuk ukhuwah sesama ahli dengan merencanakan gerak kerja secara kolektif dalam mana-mana aktiviti atau program.
  3. Menjadikan agenda akademik dan dakwah secara seiringan untuk melahirkan ahli yang seimbang dan serba boleh.
  4. Melahirkan ahli yang istiqamah dengan amalan Islami.
Objektif
  1. Melaksanakan usrah.
  2. Menerbitkan risalah-risalah yang membawa kepada pembinaan kefahaman Islam seperti risalah Inspirasi.
  3. Merencanakan program berbentuk pengisisan rohani, akademik dan riadah.
  4. Menyambut dan mengimarahkan hari-hari kebesaran Islam.
  5. Menyeimbangkan aktiviti-aktiviti pengisian berbentuk kerohanian, akademik dan riadah.
Sepanjang tahun, akan terdapat banyak aktiviti dan program menarik yang dianjurkan dan dikelolakan oleh Sahabat al-Irfaan seperti usrah, rehlah, kuliah dan forum perdana, dan bermacam lagi program menarik dan tidak dilupakan Minggu Penghayatan Islam, yang diadakan setiap tahun. Sahabat juga akan memeriahkan lagi sambutan perayaan dalam Islam di kolej seperti sambutan bulan Ramadhan, Maulidur Rasul, Hari Raya Aidiladha, dll.