web analytics

Kenali Sahabat : Lukman

*repost from group FB Sahabat

Nama Penuh : Lukman bin Basri
Nama Panggilan : Lukman, Man
Lepasan : SMK Bukit Garam
Tempat Asal : Kinabatangan, Sandakan, Sabah
Tarikh Lahir : 24 Jun 1995
Jurusan : PST Sains Modul 1
Tutorial : BP7T31
Cita-cita : Juruterbang
SPM : 6A4B2C
PSPM1 : 3.67

Saudara Lukman bin Basri merupakan anak kelima daripada lima orang adik beradik dan berbangsa Bugis. Kini merupakan Ketua Lajnah Kebajikan Sahabat al-Irfaan.


Sewaktu di sekolah lama, saudara Lukman pernah menjadi pengawas sekolah dan juga pengawas pusat sumber. Lukman pernah diberi tanggungjawab besar menjadi pengarah program Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur. Saudara Lukman agak terkenal di sekolahnya kerana sering menjadi MC/pegerusi majlis yg diadakan di sekolah. Baru-baru ini beliau bersama-sama timbqlan ketua lajnahnya, Amirul Hilmi ditugaskan menjadi moderator Kuliah Maghrib bersama Imam Muda Asyraf.

Saudara Lukman dahulu pernah memegang jawatan setiausaha pengakap sekolah. Beliau juga aktif dalam aktiviti pengakap dan aktiviti sukarelawan. Beliau pernah mengikuti Perkhemahan 100 tahun Pengakap Malaysia (betulkan jika silap). Saudara Lukman menyertai Kelab Komputer dan pernah menyertai Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) dan pernah sampai ke peringkat negeri pada tahun 2009 & 2011. (2010 turn saya wakil Sandakan)

Semasa di Kinabatangan, Lukman aktif menyertai Kem Remaja Kinabatangan (KRK) dan pernah menjadi Exco Dakwah dan Tarbiyah. Selain itu, beliau turut menyertai Muslim Teenage Camp (MTC) pada 2010 dan juga Kem Kemanisan Iman, KKI 2011.

Saudara Lukman seorang ketua yang rajin, bertanggungjawab dan berdedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan. Seorang yang berani ke hadapan dalam apa-apa juga situasi.

No comments:

Post a Comment