web analytics

Kenali Sahabat : Black

*repost from group FB Sahabat



Nama : Muhd Hasrin bin Mohd Repai
Nama Panggilan : Hasrin, Black,
Lepasan : Sekolah Menengah Agama St Mary Sandakan
Tempat Asal : Sandakan, Sabah
Keputusan PSPM1 : 3.92
Jurusan : Perakaunan
Tutorial : A1T12
Tarikh Lahir : 22 Februari 1995
Status : Bertunang (sejak 2012)


Sahabat ini lebih manja dan

mesra dikenali sebagai Black ataupun Bolong (bahasa bugis) atau Aswad (bahasa Arab). Beliau merupakan Timbalan Ketua Lajnah Pustaka & Warisan Sahabat al-Irfaan.

Di sekolah lama, beliau merupakan Pengerusi Kelab Bolasepak dan pernah memegang jawatan Pengerusi dan juga Timbalan Pengerusi Persatuan Pelajar Islam St Mary.

Beliau aktif dalam kegiatan ko-kurikulum. Pernah mewakili Kadet Remaja Sekolah dalam pertandingan kawad formasi. Selain itu, Black juga mewakili sekolah dalam sukan bolasepak, bermain posisi Right Back. Beliau juga pernah mewakili daerah Sandakan dalam sukan kriket. Demi komitmen dalam bolasepak beliau terpaksa menolak tawaran dalam sukan hoki.

Semasa di kampung halaman, Black aktif dalam Kelab Anak-Anak Sandakan (ANAS). Pernah menyertai Muslim Intensive Training (MIT), Kembara Cinta Rasul (KCR8) dan Pondok Hijrah. Beliau juga pernah menjadi AJK Kem Integrasi Remaja (KIR).

Black seorang pelajar yang rajin dan berdedikasi. Sewaktu di sekolah lama, beliau merupakan pelajar datang lewat tegar sekolah. Walaupun sudah lewat, Black tidak akan ponteng.

Saudara Black seorang yang pemalu dan agak serius. Disebabkan sudah sebelas tahun belajar dalam sekolah all-boys, beliau kelihatan sedikit kekok sekiranya berhadapan kaum hawa (begitu juga saya). Disebabkan itu juga, Black sering dilabel ego dan sombong kerana berusaha menjaga ikhtilat (walaupun kadang-kadang x terjaga jugak). Lagipun ingin menjaga hati tunangannya.



No comments:

Post a Comment